“Cuba la bijak sikit”- Kejadian sebenar ‘penyondol karpet’ libatkan Sweet Qismina & Adam Lee

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini terdapat topik panas tentang pertengkaran yang melibatkan artis di Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa artis yang terlibat telah mengeluarkan kenyataan tentang video-video yang tular.

Namun begitu, satu perkongsian video dikongsikan hos, Aliff Farhan yang dituliskan ‘kejadian sebenar penyondol karpet’ sekali gus menjawab segala persoalan video pentengkaran yang melibatkan pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina.

Sponsored

Kejadian sebenar dikongsikan

Menerusi rakaman video tersebut menunjukkan Sweet Qismina cuba ‘disondol’ lalu mengundang kemarahan suaminya, Adam Lee. Kejadian itu menyebabkan suasana semakin kecoh apabila berlaku pentengkaran yang cuba dihalang Sweet Qismina.

Sponsored

Namun begitu, ia semakin kecoh menyebabkan Sweet Qismina juga dilihat menangis namun rupa-rupanya dia telah di prank.

Perkongsian Aliff Farhan itu boleh disaksikan pada Syawal nanti di Astro Warna menerusi rancangan Prankap Show. Meskipun konten prank yang dilakukan oleh Aliff Farhan sebelum ini begitu disukai orang ramai namun disebabkan terdapat isu ‘panas’ yang sejak akhir-akhir ini tular mengundang ruangan komen turut menerima kritikan daripada netizen.

Sponsored

Prank sana sini, marketing sana sini pastu bila jadi betul orang semua cakap berlakon

Cuba la bijak sikit. Dah 2023 dah wei, mengarut je benda ni semua

2023 ni ada lagi ke orang nak tengok show prank prank ni. Move on jela. Buat la cerita yang best sikit

Bosan la aku prank tak sudah sudah. Tolongla ubah