Bukan main nangis tonton babak akhir, disebalik tabir Rindu Kasih rupanya lucu habis

Sponsored

Meskipun drama Rindu Kasih telah melabuhkan tirai pada Isnin lalu namun nampaknya fenomenanya masih terasa buat penonton. Mana tidaknya, jalan cerita yang dipaparkan bukanlah sesuatu yang ringan disampaikan buat penonton di kaca televisyen.

Tambahan pula dengan hasil lakonan daripada pelakon-pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Amyza Aznan, Fazlina Ahmad Daud dan Izzue Islam antara yang mengundang pelbagai emosi selepas 15 episod mewarnai hari penonton sejak 16 November lalu. Walau bagaimanapun, Rindu Kasih yang merupakan sebuah drama arahan Pali Yahya ini masih sahaja hangat dibualkan oleh penonton di media sosial.

Sponsored

Masih jadi bualan sampai sekarang

Boleh dikatakan hebat penangan drama tersebut sehingga ramai penonton juga akui menangis dihadapan kaca televisyen. Setiap episod sememangnya bermain dengan emosi penonton apabila ada sedih dan geram yang cukup ‘rasa’ sekali gus mengundang drama ini diangkat masyarakat.

Sponsored

Meskipun begitu, nampaknya hantaran satu rakaman video ini pula tidak semena-mena mengundang rasa terhibur ramai apabila seorang individu berkongsikan klip video pendek yang memaparkan disebalik tabir babak terakhir drama tersebut.

Rupanya ada kejadian lucu

Sponsored

Kalau diingatkan kembali babak terakhir tersebut cukup memainkan perasaan sedih penonton sehingga menangis namun ternyata disebalik tabir pula gelagat watak Fayyad membuatkan pelakon-pelakon sempat terhibur.

‘Izzue Islam baru nak feel…’

rindu kasih

‘Dia dah penat…’

‘Fayad nanti kamu akan terkenal 1 Malaysia’

‘Mata masuk habuk…’

SumberAjuahmad_