“Sape sokong kau”- Izzue Islam ‘live’ dengan pelakon2 Rindu Kasih buat ramai tanya musim kedua

Sponsored

Boleh dikatakan di media sosial kini drama berjudul Rindu Kasih berjaya mendapat tempat di hati peminat drama tempatan. Lari daripada tema cinta biasa, setiap jalan cerita yang membabitkan semua watak berhasil meninggalkan kesan kepada penonton yang mana drama ini telahpun tamat kelmarin.

Setiap episod Rindu Kasih iaitu sebuah drama arahan Pali Yahya yang dibintangi oleh Izzue Islam, Ummi Nazeera, Amyza Aznan, Fazlina Ahmad Daud dan beberapa lagi pelakon hebat yang lain tidak sekadar membuatkan penonton geram malah turut mengalirkan air mata di hadapan kaca televisyen.

Sponsored

Drama buat penonton menangis

Jika sudah sampai menangis, maknanya memang menjadilah lakonan pelakon-pelakon Rindu Kasih ini. Walau bagaimanapun, terbaharu satu klip video yang tidak disangka-sangka pelakon-pelakon Rindu Kasih bergabung membuat live bersama ini membuatkan peminat dalam pada masa sama dapat melihat sikap sporting mereka.

Sponsored

Menerusi klip video ini, Izzue Islam dalam video live tersebut sempat memberikan peluang kepada penonton Rindu Kasih meluahkan perasaan geram mereka terhadap semua pelakon Rindu Kasih memandangkan drama tersebut sudah melabuhkan tirai.

Meskipun begitu, selain ada yang mengatakan drama ini berjaya membuatkan penonton menangis, kebanyakannya juga tertanya-tanya sama ada drama tersebut ada sambungan musim kedua atau tidak.

Sponsored

Memang banyak air mata hilang…’

Izzue

‘Hari hari nangis…’

‘Nanti agak agak ada rindu kasih 2

‘Sporting sangat, drama paling terkesan sangat’

Izzue