Bukan Menyamar Atau ‘Scammer’, PDRM Sahkan Dolla Diperiksa Oleh Anggota Polis Sebenar

Sponsored

Sebelum ini, kumpulan wanita Dolla berkongsikan detik cemas apabila mereka didatangi oleh tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis. Malah tiga individu itu juga turut mengambil gambar kad pengenalan mereka sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata ketiga-tiga lelaki yang dimaksudkan itu adalah anggota polis sebenar. Mereka juga sebenarnya sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

Sponsored

“Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.”

Difahamkan, mereka telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk melakukan semakan rekod jenayah.

Sponsored

Tindakan itu diambil selepas mereka mendapati keempat-empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan apabila dilihat berada di tepi jalan pada jam 11.30 malam. Mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi kejadian selepas pihak polis mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan.

Tambah A Anbalangan lagi, kumpulan Dolla yang merupakan pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada berlakunya kesalahan dari tiga anggota polis tersebut semasa menjalankan tugas.

Sponsored

Sebelum ini, Dolla memuat naik perkongsian tersebut di Twitter menceritakan mengenai kejadian yang berlaku selepas mereka selesai latihan menari. Perkongsian itu turut menimbulkan pelbagai tanda tanya di mana ada yang menyangka ia adalah satu cubaan ‘scam’ yang dilakukan terhadap kumpulan wanita terbabit.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.