Dolla Terkejut Tiga Lelaki Mengaku Anggota Polis Tahan Dan Ambil Gambar IC, “Tak Tahu Betul Atau Scam…”

Sponsored

Baru-baru ini, penyanyi berkumpulan wanita Dolla berkongsikan satu pengalaman mendebarkan yang berlaku pada mereka. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Twitter, kumpulan itu menceritakan kejadian yang berlaku selepas mereka selesai latihan menari pada jam 11.30 malam.

Semasa mereka sedang menunggu untuk pulang, kumpulan wanita itu telah didatangi oleh tiga orang lelaki yang menaiki kereta Proton berwarna merah. Mereka kemudiannya menurunkan tingkap kereta dan memandang empat ahli kumpulan Dolla ini dengan pandangan yang tidak menyenangkan.

Sponsored

“Mereka pandang kami dengan pandangan yang membuatkan kami tidak selesa. Kami sangat takut dan berfikir mereka akan merompak kami.”

Ketiga-tiga lelaki itu kemudian memberitahu mereka adalah anggota polis namun dalam masa yang sama, mereka dilihat hanya memakai pakaian biasa sahaja. Mereka mula menyiasat ahli kumpulan Dolla dan bertanyakan mengapa mereka berada di situ sebelum meminta untuk menyerahkan kad pengenalan.

Sponsored

Tidak cukup dengan itu, ‘anggota polis’ terbabit telah mengambil gambar kesemua kad pengenalan milik kumpulan Dolla ini tanpa kebenaran mereka. Kejadian yang berlaku kepada Dolla ini turut membuatkan kumpulan ini berasa sangsi sama ada itu sebenarnya adalah satu ‘scam’ ataupun situasi sebenar.

“Bila Syasya tanya ‘kenapa tiba-tiba nak check kami?’ mereka kata ‘kenapa tak boleh, kitaorang polis!’ dengan cara kasar dan menakutkan.”

Sponsored

Selepas selesai mengambil gambar, tiga lelaki itu akhirnya beredar selepas ada kenderaan lain berada berhampiran mereka. Difahamkan, mereka beredar dari tempat kejadian tanpa memberikan sebarang penjelasan kepada kumpulan Dolla tentang apa yang terjadi.

Susulan kejadian yang berlaku ini, Dolla turut meminta pandangan dari orang ramai sama ada insiden seperti ini boleh berlaku atau hanyalah satu ‘scam’ semata-mata. Perkongsian ini turut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meminta pihak pengurusan Dolla untuk lebih berhati-hati menjaga keselamatan kumpulan ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter