Terdahulu tular di media sosial apabila seorang pelakon lelaki dikatakan kantoi bermesej lucah dengan seorang wanita lain dan tergamak memadam gambar isterinya di Instagram. Menurut laporan itu, pelakon yang dimaksudkan itu berada dalam lingkungan 20-an dan sudah mempunyai dua orang anak.
Tidak cukup dengan itu, pelakon lelaki tersebut dikatakan lahir dari program pencarian ‘hero’ satu ketika dahulu. Gara-gara maklumat yang dikongsikan ini, netizen telah memetik nama Hafidz Roshi sebagai pelakon yang dimaksudkan dan ‘menyerang’ akaun Instagram pelakon itu.
Malah ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila pelakon yang sering membawa imej baik itu terpalit dengan kontroversi seperti ini. Tambahan pula, Hafidz tidak pernah terlibat dengan sebarang isu sebelum ini dan dipuji dengan kesetiaannya bersama isteri.
Kongsi gambar dengan isteri
Terbaru, Hafidz memuat naik gambar bersama isterinya di Instagram bersama-sama kapsyen yang mencuri tumpuan netizen. Di dalam hantaran tersebut, dia dilihat memeluk bahu isterinya seolah-olah memberikan bayangan rumah tangga mereka tiada masalah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
“Kami dari Facebook, Erin Sakura, Giler Kentang, mStar Online, Media Hiburan dan semualah media. Kami ada popcorn kat sini parking dulu.”
Perkongsian terkini dari Hafidz ini turut membuatkan ramai berasa lega dan bersyukur apabila pelakon itu menafikan segala dakwaan yang tular sebelum ini. Malah ramai yang mempercayai pelakon lelaki itu tidak terlibat dengan gosip tersebut dan turut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.
Sekadar info, pelakon berusia 28 tahun itu telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata. Sebelum ini, Hafidz Roshdi menerima pujian netizen apabila kekal setia dengan isterinya walaupun menempuh populariti pada usia yang muda.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.