Ruhainies juga puji kecantikan Qasrina Karim

Sponsored

Pelakon baharu, Qasrina Karim membuatkan orang ramai juga tertarik dengan kecantikannya yang sering dikatakan seiras dengan pelakon, Mira Filzah sehingga pernah digelar sebagai kembar oleh warganet.

Walau bagaimanapun, peminat kedua-dua pelakon ini semakin teruja selepas mereka berdua akhirnya digandingkan bersama dalam sebuah drama terbaharu bersama pelakon yang kini sedang meningkat naik iaitu Hun Haqeem dan Mierul Aiman berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.

Sponsored

Namun begitu, perkongsian daripada remaja.my yang memaparkan temubual Qasrina Karim membuatkan ramai tertarik dengan dirinya yang mana turut menjawab tentang sering disamakan wajahnya dengan pelakon, Mira Filzah. Jawapannya yang positif juga membuatkan dirinya turut menerima pujian oleh warganet.

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur juga pada tahun ini rezekinya makin bertambah dalam bidang lakonan mahupun sebagai model.

Sponsored

Perkongsian di Instagram juga nampaknya kecantikan Qasrina Karim turut menarik tumpuan pelakon jelita, Ruhainies yang turut meninggalkan komen memuji pelakon tersebut. Dalam pada itu, orang ramai sekali lagi keliru dengan paparan dalam video tersebut yang tertukar sama pelakon, Mira Filzah.

Kali ini ramai merasakan cara percakapan Qasrina Karim dan Mira Filzah pula sama sehinggakan ada yang tersilap sangka selepas menonton video tersebut.

Sponsored

“Lah, bercakap pun macam Mira. Ingatkan Mira tadi”

“Siapa yang crush ke Mira Filzah dulu, kali ni masih ada peluang lagi”

“Nampak mirip sangat”

“Alahai, suara pun sama”

Sumberremaja.my