Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sejak kebelakangan ini sering menjadi perhatian di media sosial. Kemunculannya dalam sebuah program nyanyian terbaharu TV3, Famili Duo membuatkan isteri kepada pelakon, Aliff Aziz ini hangat diperkatakan ramai setiap minggu.
Meraih tempat pertama di minggu pembukaan Famili Duo bersama sepupu, Wani Kayrie mencetuskan peminat sentiasa memberikan sokongan buat Bella Astillah. Walau bagaimanapun, persembahan Bella Astillah dan Wani Kayrie baru-baru ini tular di media sosial dengan menjadi bualan ramai.
Bella Astillah dan Wani Kayrie jadi bualan
Pada minggu ketiga rancangan Famili Duo baru-baru ini, semua peserta tampil dengan imej tersendiri dan memandangkan minggu tersebut bertemakan Retro selain persembahan, penampilan kesemua peserta juga menarik perhatian penonton dan peminat.
Apatah lagi, Bella Astillah yang muncul dengan imej tersendiri sehingga tular di media sosial dengan kecantikannya yang dikatakan mirip dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti dan Selena Gomez. Malah menerusi satu klip video, Bella Astillah mencuri tumpuan ramai dengan ditinggalkan ribuan tanda suka.
Bella Astillah dikatakan mirip Tokti dan Selena Gomez
Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji kecantikan Bella Astillah dengan imej tersebut yang mana pada minggu ketiga Famili Duo, Bella Astillah dan sepupunya, Wani Kayrie mendapat tempat ketiga dengan keseluruhan markah sebanyak 61.5 peratus.
‘Bella sebijik Tokti zaman zaman jerat percintaan’

‘Dua comel’

‘Ingatkan Siti’

‘Macam Selena Gomez’
