Umum sedia tahu akan pergolakan rumahtangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang masih lagi hangat diperkatakan. Biarpun kisah tersebut masih belum ada jalan penyelesaiannya, namun setelah pelbagai kenyataan dan info mengenainya didedahkan oleh Puteri Sarah, Syamsul masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang rumahtangga mereka.
Puteri Sarah kini berada di Jepun membawa anak-anaknya bercuti ke Jepun, dan biarpun berada jauh dari Malaysia selebriti dan model tersebut masih aktif di sosial media memberikan reaksi mengenai perihal peribadinya itu.
Terbaharu Syamsul Yusof akhirnya bersuara mengenai situasi peribadinya itu dan memuat naik satu rakaman di media sosial miliknya. Menurut pengarah tersohor ini, di awal rakaman dia mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menyokong karyanya.
Katanya, sudah enam hingga tujuh bulan kisah peribadinya itu diperkatakan ramai. Berikut adalah video penuh Syamsul Yusof akhirnya bersuara ini:
“Saya diam selama ni, ya lah hal rumahtangga hal dalam kain tak manis kongsi dengan orang. Saya percaya netizen pun dah letih dengan benda ni, yang berbeza saya dengan Puteri Sarah saya tak nak buka aib sesiapa.
Berbagai-bagai hinaan, cercaan….Kadang-kadang menganggu tidur dan pengambaran saya. Saya terima yang netizen atau anda yang cerca dan hina saya.
Dalam masa terdekat insyaAllah saya akan leraikan satu persatu isu yang timbul. Percayalah dalam masa terdekat ini saya akan memberikan noktah terhadap semua ni,” jelas Syamsul Yusof.