“Semua ko sapu, tak adil”- Peminat tinggal komen di foto Aedy Ashraf, Nabila Razali beri respon lucu

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan Nabila Razali dimana dia tidak hanya dikenali dalam dunia nyanyian malah lakonan juga dia mempunyai ramai peminat. Nabila Razali sejak akhir-akhir ini cukup menjadi sorotan ramai apabila drama terbaharu lakonannya berjudul Kerana Cinta Itu Ada berhasil mendapat tempat di hati peminat drama tempatan.

Drama Kerana Cinta Itu Ada ini akhirnya mengandingkan Nabila Razali dan Aedy Ashraf selepas mereka sebelum ini berjaya mencetuskan fenomena dan viral disebabkan gimik percintaan dalam sebuah muzik video lagu Pematah Hati.

Sponsored

Nabila Razali jadi bualan

Walau bagaimanapun, melihat dia bergandingan dengan pelakon, Aedy Ashraf mencetuskan drama terbabit hangat dibualkan peminat dan terbaharu dia menerima pelbagai komen selepas satu muat naik pemilik suara lagu Peluang Kedua ini yang berkongsikan beberapa keping foto bersama dengan menulis kapsyen, “Ada ni ha tengah naik boat dengan Aisy, jumpa korang pukul 7 nanti okay.”

Sponsored

Pun begitu, komen seorang peminat berkata “Semua ko sapu, tak adil” menarik tumpuan Nabila Razali sendiri yang tidak cepat melatah malah sempat membalasnya dengan respon lucu. Mana tidaknya, Nabila Razali pernah bergandingan dengan pelakon-pelakon lelaki hebat yang lain seperti Alif Satar, Syafiq Kyle dan Aeril Zafrel. Manakala yang terbaharu pula, Aedy Ashraf.

Bakat Nabila Razali dalam dunia lakonan tidak dinafikan oleh peminat dan sebelum ini dia menerima pujian ramai dalam drama lakonan bersama pelakon filem Tentang Bulan itu.

Sponsored

‘Mana ada penyapu…’

Nabila Razali

Dua dua minat’