Didakwa Muka Nampak ‘Lain’, Zarina Zainuddin Jawab Tuduhan Netizen

Sponsored

Beberapa hari lalu kecoh di sosial media apabila pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin dikatakan nampak berbeza dari kebiasaaanya. Dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut baru-baru ini, Zarina Zainudin membuat video mengenai kehadirannya di sebuah ekspo.

Namun dalam video tersebut apa yang menjadi perhatian ramai adalah hidungnya. Dikatakan hidung pelakon wanita berbakat ini nampak lain dari kebiasaannya. Berikut adalah rakaman yang menjadi bualan hangat warganet tersebut:

Sponsored

Perkongsian ini telah membuatkan ramai yang meninggalkan komen dengan bertanyakan mengapa wajah Zarina nampak lain dari kebiasaannya. Namun begitu, dalam satu perkongsian lain Zarina Zainuddin jawab tuduhan netizen dan akui menggunakan filter telefon pintarnya.

“Ini filter la handphone ko tak de filter ke..”

Sponsored

Walau bagaimanapun, terbaharu Zarina Zainuddin jawab tuduhan netizen buat hidung dengan memuat naik satu video menerangkan sebab terjadinya muka sebegitu. Menurut Zarina Zainuddin, keadaan kesihatannya terganggu dengan sinus dan migraine hingga doktor terpaksa membuat prosuder tertentu.

Penjelasan Zarina Zainuddin adalah dia sendiri tidak mahu keadaan wajahnya sebegitu kerana sebelum ini hidungnya sudah elok dan cantik. Namun disebabkan keadaan kesihatan terpaksa juga dia buat prosedur tersebut.

Sponsored

Malah selebriti ini juga turut kesal dengan kata-kata tuduhan netizen kepadanya. Sempat juga dia meluahkan tentang rasa sedihnya itu seperti berikut:

“Kepada mereka yang tak tahu tapi terus judge saya jumpa saya mintak maaf sebelum saya mati atau cari saya di sana..Saya baca komen sampai saya pun asyik nangis bila saya nangis saya lagi sakit kepala”

Apa-apa pun kita doakan sahajalah baik-baik ya. Semoga semuanya sihat dan sentiasa jaga kata-kata.