“Cantiklah Macam Mana Sekalipun, Kalau Benda Tu Nak Jadi Akan Jadi Jugak”, Eina Azman Ulas Isu Poligami

Sponsored

Pelakon jelita dan berbakat dikenali dengan nama Datin Paduka Eina Azman ini bukanlah baru dalam industri hiburan. Rajin memuat naik video masakan dengan cara ringkas, Datin Paduka Eina Azman atau lebih mesra dengan panggilan Eina ini sememangnya sangat lembut orangnya.

Baru-baru ini tular di sosial media apabila Eina Azman memuat naik video dirinya menangis. Video tersebut dimuat naik di Instagram Stories menyebabkan ramai yang bertanyakan mengapa selebriti ini dalam keadaan sebegitu.

Sponsored

Malah ada juga yang membuat spekulasi aktress tersebut sedang dilanda masalah rumahtangga. Susulan itu, Eina Azman sendiri menjelaskan apa yang berlaku dan diakui dia hanyalah kepenatan kerana terlalu banyak kerja.

Bagaimanapun, satu video temubual bersama Eina Azman telah menjadi perhatian ramai. Dalam video tersebut Eina Azman ulas isu poligami dan keruntuhan rumahtangga yang banyak terjadi sejak akhir-akhir ini.

Sponsored

Dalam temubual itu, Eina Azman mengakui cara ‘menambat’ suami zaman dulu dan kini agak berbeza. Orang kata dulu kita boleh ‘ikat’ selera dan perut suami dengan masakan, sama juga masa kini.

Namun begitu, Eina Azman juga turut berkata jika ‘diikat’ ketat macam manapun, kalau masih nak ‘makan luar’ tak boleh buat apalah.

Sponsored

“Zaman sekarang ni kita ikat ketat macam mana pun kalau still nak makan luar jugak kita tak boleh buat apa. Laranglah macam mana pun, cantik lah macam mana sekalipun. Kalau benda tu nak jadi akan jadi jugak”, kata Eina Azman ulas isu poligami.

Selain dari itu, pelakon berusia 28 tahun ini juga meninggalkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk sediakan payung sebelum hujan dan belajar menyimpan.

SumberTikTok