“Cantiknya bag je mahal ribu2”- 2 jam kongsi, foto Puteri Sarah ‘dihujani’ komen netizen

Sponsored

Pelakon dan model terkenal, Puteri Sarah Liyana kini semakin menjadi sorotan ramai di media sosial malah menerusi ruangan Instagram peribadinya juga, dia tidak henti-henti menerima sokongan dan pujian netizen.

Umum sedia tahu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun dalam setiap apa yang berlaku, Puteri Sarah di Instagram peribadinya tetap menunjukkan perkembangan dirinya yang sentiasa kuat.

Sponsored

Perkongsian Puteri Sarah terbaharu dalam berkongsikan tiga keping foto memakai baju berwarna pink dan kasut tumit tinggi mengundang dalam masa dua jam sahaja dia dihujani ribuan komen.

Mana tidaknya, kecantikan Puteri Sarah Liyana menerima pujian melambung ramai apatah lagi wajahnya yang dilihat tersenyum membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen terhadap foto ibu kepada dua cahaya mata ini.

Sponsored
Puteri Sarah

Rakan selebriti, Hannah Delisha juga meninggalkan kata pujian dengan kecantikannya di ruangan komen selain turut berseloroh tentang kasut tumit tinggi dipakainya.

Dalam pada itu, peminat dan warganet menghujani ruangan komen dengan memberikan pujian terhadap penampilannya dan wajah jelitanya yang dikatakan makin berseri-seri.

Sponsored

‘Macam ni baru betul make your own money, bukannya sebok terhegeh dekat lelaki kaya…’

‘Cantiknya bag je mahal ribu2’

Puteri Sarah

‘Hanya 2 Sarah dalam Malaysia ni yang sebak dan sedih tengok kisah hidupnya. Proud of you PSL’

Puteri Sarah

“Makin berseri-seri bila kita cuba keluar dari masalah…’