“Cepatnya dah jalan tolong jadi baby balik…”- Netizen ‘terkejut’ Bilal sudah boleh berjalan

Sponsored

Cahaya mata sulung pasangan popular, Neelofa dan Haris Ismail yang diberi nama Muhammad Bilal terbaharu menjadi perhatian ramai di media sosial selepas satu perkongsian video pendek memaparkan gelagat comelnya tular.

Neelofa dan Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz dikurniakan cahaya mata sulung pada 29 Januari tahun lalu. Anak kepada pasangan ini berterusan menjadi perhatian di media sosial selepas Neelofa mendedahkan wajahnya kepada umum.

Sponsored

Walau bagaimanapun, pejam celik pejam celik Muhammad Bilal kini berusia lebih 10 bulan yang mana kecomelannya semakin menjadi tumpuan apatah lagi, Neelofa juga berkongsikan perkembangannya di ruangan Instagram peribadinya.

Muhammad Bilal dalam rakaman ini dilihat sudah berjalan dan kecomelannya berada di satu tempat ini membuatkan ramai begitu tertarik melihat perkembangannya.

Sponsored

Perkongsian tersebut ternyata tular di media sosial manakala menerusi ruangan komen ternyata gelagat Muhammad Bilal yang sudah boleh berjalan itu membuatkan ramai kagum.

‘Eh dah berjalan kamu ye nak… semoga Bilal membesar jadi anak yang soleh untuk ibu abah awak ye sayang’

Sponsored
Bilal

‘Cepatnya berjalan, anak saya 10 bulan duk merangkak berdiri paut lagi’

Bilal

‘Cepatnya dah jalan tolong jadi baby balik Bilal tak puas tengok sebab time baby dapat hint-hint je’

‘Sebaya dengan anak saya, tapi anak saya tak boleh berjalan lagi. Alahai Bilal hensem sejuk mata memandang. Alhamdulillah’