“Natural mcm tak berlakon”- Akhirnya kongsi drama dengan Nabila Razali di Instagram, foto Aedy Ashraf ‘dihujani’ komen pujian

Sponsored

Nampaknya selepas beberapa episod ditayangkan drama berjudul Kerana Cinta Itu Ada lakonan gandingan hebat, Nabila Razali dan Aedy Ashraf membuatkan ia semakin menjadi bualan di media sosial.

Pun begitu, baru-baru ini ada peminat yang mempersoalkan Aedy Ashraf yang dikatakan tidak mempromosikan drama tersebut lebih kerap berbanding Nabila Razali diruangan Instagram peribadinya.

Sponsored

Aedy Ashraf dipersoal peminat

Walau bagaimanapun, terbaharu Aedy Ashraf diruangan Instagram peribadinya pula memuat naik beberapa keping foto drama Kerana Cinta Itu Ada sekali gus membuatkan peminat akhirnya senang dengan tindakannya ini.

Sponsored

Dalam pada itu, peminat juga suka dengan lakonan Aedy Ashraf dalam drama tersebut yang mana beberapa babak membuatkan peminat melihat lakonannya lebih natural seolah-olah tidak berlakon.

“Kerana Cinta Itu Ada. Apa yang patut Aisy buat sekarang,” tulis Aedy Ashraf diruangan kapsyen menerusi muatnaik beberapa keping foto dikongsikan di Instagram peribadinya itu.

Sponsored

‘Yeayy, love you Aedy Ashraf dah promosikan drama Kerana Cinta Itu Ada’

Aedy Ashraf
Aedy Ashraf

‘Some of your scenes look so natural macam tak berlakon ja. Fuhh’

Aedy Ashraf

‘The best actor, suka tengok Aedy berlakon terutama bab romantik. Menghayati sampai ke jiwa. All the best Aedy. Semoga terus success’

‘Akhirnya Aisy masuk jugak, lama duk nunggu. Selalu Bella je post, huhu. Bella dah lembut sikit, sabar sikit jer lagi’