Gambar Putera Mateen Bersama Wanita Di Persandingan Diraja Brunei Buat Ramai Gadis Patah Hati, “Dah Boleh Move On…”

Sponsored

Semalam telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang penuh tradisi serta meriah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Dalam istiadat itu, kedua-dua pengantin diraja telah dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Meninjau di akaun Instagram milik Putera Mateen, beliau sempat berkongsikan beberapa foto semasa Istiadat Bersanding berlangsung.

Sponsored

Namun salah satu gambar yang dimuat naik oleh beliau telah membuatkan ramai gadis yang patah hati dibuatnya. Ini semua kerana beliau dilihat merakamkan gambar dengan seorang wanita ketika sesi bergambar bersama pasangan pengantin diraja itu.

Di dalam gambar tersebut, Putera Mateen dilihat berpakaian sedondon dengan wanita yang memakai pakaian songket berwarna hitam sama sepertinya. Tidak banyak yang diketahui tentang wanita berwajah kacukan itu namun difahamkan, beliau merupakan cucu kepada salah seorang Menteri berpengaruh di Brunei.

Sponsored

Gambar yang tular

Meninjau di ruangan komen, perkongsian foto dari Putera Mateen ini telah membuatkan ramai yang ‘patah hati’ apabila mengetahui beliau sudah pun mempunyai kekasih hati. Malah ada juga netizen yang meminta yang lain untuk sama-sama ‘move on’ dan mendoakan yang terbaik buat putera raja idaman ramai itu.

“Ada yang koyak tapi bukan tisu.”

Sponsored

“Yang mana suka Prince Mateen tu rasanya dah boleh move on lah ye. Prince Mateen tak kan pilih kau lah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram