Hari ini dapat dilihat ramai orang luar datang ke Malaysia untuk melancong. Bukan hanya dari negara jiran, malah ada juga datang dari Eropah dan sebagainya.
Selain dari percutian biasa, begpackers juga menjadi pilihan ramai pelancong dan pengembara. Ini kerana ia lebih ringkas dengan membawa barangan paling minimal.
Biarpun begitu, trend mat saleh masuk ke Malaysia dengan cara begpackers ini menjadi satu isu pula apabila ada segelintir yang membuat onar. Salah satu isu yang membimbangkan adalah apabila mat saleh begpackers mengemis di tepi jalan.
Satu rakaman yang menjadi perhatian ramai di Tiktok apabila salah seorang pengguna memuat naik gelagat seorang mat saleh memegang kadbod dengan tertulis ayat dalam bahasa melayu meminta duit untuknya makan.
Isu mat saleh begpackers mengemis ini bukanlah baru, namun sehingga ke hari ini ia masih menjadi perkara yang dibualkan ramai. Malah terbaharu seorang gadis yang juga pemilik akaun TikTok Reinalum mengulas isu tersebut.
Orang kita baik tak bertempat
“Baik orang kita memang tak bertempat”. Ini antara yang diulas gadis berkenaan. Malah dia turut menjelaskan kadang-kadang mereka ini sengaja ambil kesempatan atas kebaikan orang-orang di Malaysia.
Orang Malaysia nak ke negara luar bukan main susah lagi
Tambahnya lagi, dia pernah membuat video sebelum ini yang menceritakan tentang proses membuat visa untuk ke negara luar. Ceritanya, bila orang kita nak ke negara mereka bukan main susah lagi.
Visa nak minta kebenaran untuk ke sana, siap minta bank statement sebagai bukti kita mampu untuk ke sana. Tapi mereka nak ke sini, mudah tak perlu visa.
Netizen setuju
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh gadis tersebut. Malah ada yang berharap supaya isu ini diketengahkan dan diselesaikan oleh pihak berwajib.