Cuba Faham Kesakitan Wanita, Hun Haqeem Mahu Rasai ‘Period Pain’, “Jadi Saya Boleh Memahami Anda Semua…”

Sponsored

Pelakon muda Hun Haqeem menjadi bualan ramai baru-baru ini apabila klip video temu bualnya tular dikongsikan di platform Tik Tok. Di dalam video temu bual itu, Hun Haqeem ditanyakan apakah yang akan dilakukannya jika dia berpeluang menukar jantina untuk sehari.

Apa yang mengejutkan ramai ialah pelakon itu kemudian memberitahu dia mahu merasai ‘period pain’ yang selalu dilalui para wanita semasa datang bulan. Menurut Hun, dia tertanya-tanya bagaimana rasanya kesakitan itu dan mahu memahami kaum wanita dengan lebih baik lagi.

Sponsored

“Hun nak rasa perasaan period pain, jadi saya boleh memahami anda semua dengan lebih baik. Setiap kali Hun tengok perempuan yang period pain, jadi saya rasa apa yang mereka rasa. Boleh lah kita ambik berat pasal orang itu.”

Susulan video yang tular ini, rata-rata wanita meluahkan rasa kagum dengan jawapan yang diberikan oleh pelakon itu. Malah ramai juga yang tidak menyangka Hun akan memberikan jawapan itu dan mahu merasai ‘period pain’ yang pastinya tidak ramai lelaki yang sanggup melakukannya.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji keprihatinan yang ditunjukkan oleh Hun selain mengakui pelakon itu adalah ciri-ciri teman lelaki idaman ramai. Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh tertanya-tanya di manakah mereka dapat ‘membeli’ lelaki sebaik Hun Haqeem ini yang tahu menghargai kaum wanita.

“Nak laki macam ni eeii.”

Sponsored

“Kalau ada kat shopee, aku dah beli sorang macam dia. Haihh.”

“Ini tanda lelaki menghargai wanita.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok