“Doakan Sarah Tau”, Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Untuk Tuntutan Penceraian

Sponsored

Kemelut yang melanda dalam rumahtangga selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya semakin hangat diperkatakan. Selepas mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, Syamsul Yusof cuba memujuk Puteri Sarah dengan memintanya pulang ke rumah untuk berbincang.

Malah Syamsul Yusof turut akui pernikahan keduanya itu telah diwalikan oleh pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu bapa kepada Ira Kazar sendiri. Pendedahan ini membuatkan kemelut rumahtangga dengan Puteri Sarah semakin kecoh.

Sponsored

Bagaimanapun, sejak minggu lalu hangat diperkatakan yang Puteri Sarah sudah nekad untuk bercerai. Pagi ini dilaporkan Puteri Sarah tiba di mahkamah untuk membuat tuntutan mengenai perkara tersebut.

Memetik laporan mStar, Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 10.30 pagi tadi dan ditemani dua adiknya.

Sponsored

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sempat ditemu bual oleh wartawan mStar dan dia meminta untuk mendoakannya.

“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak masuk dalam (mahkamah). Doakan Sarah tau” kata pelakon jelita ini.

Sponsored

Sebelum ini Sarah ada memuat naik satu video yang meminta suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk melepaskannya.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah pun melayari rumahtangga selama lapan tahun dan dikurnikan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.