“Dah dik tepi”- Jejaka kacak disangka Cha Eun Woo rupanya Hael Husaini buat ramai tak keruan

Sponsored

Kalau sebut nama Hael Husaini sejak kebelakangan ini dia mendapat perhatian ramai peminat selepas muncul di satu acara yang nampaknya sekali lagi memaparkan wajahnya dan penampilan penyanyi ini seperti artis Korea.

Hal ini disebabkan, Hael Husaini muncul dengan penuh gaya dan nampaknya setiap muatnaik dia mendapat pelbagai reaksi ramai memuji kekacakannya yang semakin dilihat berbeza sehingga turut tular di media sosial.

Sponsored

Hael Husaini bagaimanapun baru-baru ini dilihat muncul dalam satu fesyen show jenama mewah dan tentu sahaja penampilan penyanyi terkenal ini membuatkan dia dihujani komen pujian serta ribuan tanda suka. Pun begitu, dalam dia mengenakan penampilan sedemikian membuatkan dirinya disalah sangka peminat.

Dalam rakaman memaparkan seorang jejaka kacak diminta pelukan oleh seorang kanak-kanak dengan baik dan gelagat mereka itu membuatkan ada yang tersalah sangka, dia adalah pelakon dan penyanyi popular Korea, Cha Eun Woo.

Sponsored

Perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi apabila ternyata jejaka kacak berkenaan bukanlah Cha Eun Woo malah adalah Hael Husaini sekali gus membuatkan ruangan komen dihujani dengan reaksi terkejut peminat Hael Husaini sendiri.

Sangka Cha Eun Woo, rupanya Hael Husaini

Sponsored

‘Dari tepi aku ingat Cha Eun Woo’

‘Ingat Cha Eun Woo tengok tag baru perasan Hael’

Hael Husaini

‘Weh aku ingat orang Korea mana tadi, rupa-rupanya Hael’

Hael Husaini

‘Ingat Korea mana rupanya Hael’

Sumberviancep