Selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga, pasangan Da’i Syed dan Hana Ismail dikatakan bakal mengeluarkan novel nukilan mereka sendiri. Novel yang berjudul ‘7 Hari Istikharahku’ ini bakal menceritakan mengenai perjalanan suka duka pasangan ini.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pendakwah bebas itu menerusi perkongsian di Instagram Story di mana mereka kini sedang menyiapkan novel tersebut. Dalam masa yang sama, dia turut meminta orang ramai mendoakan urusan pembuatan novel itu akan dipermudahkan.
Di dalam sebuah lagi video lain, Hana dilihat gagal menahan air mata semasa menceritakan mengenai pembuatan novel tersebut. Malah dia juga turut ditenangkan oleh suaminya yang dilihat tidak lepas memeluknya dari belakang.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menerima kritikan dari netizen yang meluat melihat gelagat pasangan ini setelah berkahwin. Menurut mereka, gelagat Da’i Syed yang mempamerkan kemesraannya semasa isterinya ditemu bual telah mencetuskan rasa kurang senang netizen.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut menegur pasangan ini yang terlalu menunjuk-nunjuk kebahagian dan kemesraan di hadapan ramai. Malah ada yang menganggap perkahwinan mereka juga masih lagi baru dan tidak perlu untuk menuliskan novel tentang kisah perjalanan mereka.
“Dia bukan pelakon nak romantik-romantik tunjuk kat orang.”

“Dia lepas kahwin kan, dia lah yang terpaling ada isteri.”

“Lah 7 hari istikharah pun buat buku…”

Sekadar info, Da’i Syed dan Hana Ismail selamat disatukan pada awal bulan lalu selepas sebulan berkenalan. Difahamkan, Hana mendapat keyakinan untuk berkahwin dengan pendakwah itu selepas melakukan solat sunat Istikharah selama seminggu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.