Nampak Was-Was Jawab Soalan Bahasa Inggeris, Gelagat Da’i Syed Raih Perhatian, “Dia Tak Berapa Faham Ke…”

Sponsored

Pasangan Da’i Syed dan Hana Ismail sering menjadi perhatian ramai semenjak mereka mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu. Selepas bergelar suami isteri, pasangan ini juga selalu memuat naik kehidupan seharian mereka di media sosial.

Baru-baru ini pula, Da’i Syed dan Hana menjadi bualan netizen selepas muncul di dalam video yang dimuat naik MeleTOP bertanyakan tentang ‘couple questions’ kepada pasangan ini. Di dalam video tersebut, pasangan ini menjawab pertanyaan yang diajukan dalam Bahasa Inggeris.

Sponsored

Namun reaksi Da’i Syed yang kelihatan teragak-agak untuk menjawab telah menjadi bualan ramai. Jika dibandingkan dengan isterinya, Hana kelihatan lebih cepat menjawab soalan yang diajukan di mana Da’i Syed perlu melihat isterinya menjawab dahulu sebelum dia menjawab.

@mymeletop

Sweet betul eh pengantin baru @Dai Syed #hanaismail ni! Hujung hujung tu masing masing tak nak mengaku 😂🤗 #couplequestions #meletop

♬ 14 Questions You Should Ask – Ally Chen • San Francisco

Reaksi Da’i Syed ini turut membuatkan ramai berpendapat mungkin juga pendakwah itu tidak berapa mahir dalam Bahasa Inggeris menyebabkan dia kurang memahami soalan yang diajukan. Ada juga yang menganggap Da’i Syed sebenarnya hanya keliru dan memerlukan masa sedikit untuk menjawabnya.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengusik reaksi teragak-agak ditunjukkan oleh Da’i Syed ini. Malah ada yang berseloroh sepatutnya soalan itu diajukan dalam Bahasa Arab yang merupakan salah satu kemahiran pendakwah itu.

“Yang sorang lagi faham tak tu 50-50 je eh…”

Sponsored

“Hana je faham kot.”

“Dia tak berapa faham English ke.”

Sekadar info, Da’i Syed dan Hana selamat disatukan pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di mana pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Sebelum itu, pasangan ini telah melakukan satu majlis pertunangan secara tertutup pada 23 Oktober lalu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok