Video Tikus Dalam Tempat Letak Ayam Goreng Di Kedai Makan Buat Ramai ‘Kembang Tekak’!

Sponsored

Di Malaysia memang cukup terkenal dengan kepelbagaian restoran yang menyajikan menu mengikut citarasa semua. Tidak kira buat penduduk tempatan mahupun pelancong asing kedai makan dengan sajian pelbagai menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera.

Biarpun begitu, dalam kemeriahan dan kepelbagaian pilihan kedai makan ini sudah pastinya pelanggan bijak memilih restoran yang menjaga kebersihan. Pentingnya memilih gerai yang bersih dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri serta keluarga.

Sponsored

Terbaharu satu perkongsian rakaman oleh seorang pengguna Twitter ini telah menjadi bualan hangat ramai. Dalam video itu dipaparkan seekor tikus dalam tempat ayam goreng di kedai makan.

Haiwan tersebut bukan hanya ‘merayap’ di tempat letak makan itu malah ianya juga turut mengigit ayam goreng dalam bekas berkenaan. Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun zoeyhanafiah:

Sponsored

Uish, teruk sangat ni! Takkanlah seorang pekerja pun tidak perasan tikus dalam tempat ayam goreng ini? Di ruangan kapsyen, pemilik akaun tersebut menulis seperti berikut:

“Depan mata sndiri, No More mkn mamak”

Sponsored

Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 300 ribu tontonan dan 5,000 likes. Meninjau di ruangan komen, ada yang mempertikaikan perbuatan lelaki ini merakamkan kejadian tersebut dan bertanya sekiranya dia ada melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Rekod tanpa detail/ tindakan tiada solusinya. Saya harap awak bukan kaki gila content. Terima kasih di atas tindakan ini untuk dijadikan bukti”

Selain dari itu ada segelintir netizen yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri yang pernah berhadapan dengan kedai makan tidak bersih. Berikut antaranya:

“Aku pernah saksikan..Penyepit yang dia guna amik ayam tu, dia pakai untuk tekan suis kipas”

Malah ada juga yang beri nasihat supaya sentiasa berhati-hati bila memilih kedai makan.

“Kalau kedai ada lalat, kedai melayu ke dia, auto turn-off. Makan tak ditutup ditempat yang terbuka. A big NO!”

SumberTwitter