Daiyan Trisha Sebak Di Tanah Suci, “Baru Sampai Terus Hujan…”

Sponsored

Pelakon dan penyanyi dikenali dengan nama Daiya Trisha baru-baru ini telah mengerjakan umrah. Mengambil kesempatan sempena Ramadan ini, aktres jelita berkenaan berkongsikan mengenai perjalanannya mengerjakan Umrah di mesia sosialnya.

Salah satu perkongsian dengan paparan Daiyan Trisha sebak ketika umrah apabila kedatangannya ‘disambut’ dengan hujan. Dalam muat naik itu juga terlihat pelakon ini menitiskan air mata menyaksikan suasana hujan dan bulan yang jelas kelihatan di langit.

Sponsored

Untuk info ini bukanlah kali pertama Daiyan Trisha mengerjakan ke Tanah Suci. Namun kali ini, video yang dikongsikan Daiyan Trisha sebak ketika Umrah mencuri perhatian ramai. Apatah lagi apabila kapsyen ditulisnya itu seperti berikut:

“baru sampai, terus hujan 🥹🌧️❤️ 
keeping this here for the memories 
and a reminder that i’m so lucky and blessed” 

Sponsored

Tulisnya dia akan simpan perkara ini sebagai peringatan yang dia seorang yang bertuah dan diberkati. Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik selebriti jelita dan berbakat ini:

Dalam muat naik berbeza, Daiyan Trisha turut berkongsikan perjalanan dan ketika berada di Tanah Suci. Penampilannya berhijab dan nampak cukup sopan serta bersahaja membuatkan ramai peminat memuji dan mendoakan Daiyan.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang mendoakan Daiyan Trisha ditinggalkan di ruangan komen di perkongsian tersebut:

“MasyaAllah rahmatNya sangat luas. Rezeki mu dik. Semoga mendapat umrah mabrur”

“Itu mungkin salah 1 tanda cinta kepada awak. Di bulan mulia dan mustahab doa n d malam jumaat awak menjadi insan lebih baik dari semalam2nya..”

“Omg untungnya. Have a blessed umrah Daiyan”