Daiyan Trisha tertampar pelakon lelaki, “Yg lembut pun sekali sepak berbunyi matt”

Sponsored

Bintang dikenali dengan nama Daiyan Trisha ini bukan sahaja memiliki rupa paras jelita, malah bakatnya sebagai anak seni juga semakin menyinar. Selain dari berlakon, Daiyan Trisha juga berbakat dalam bidang lakonan.

Selepas kejayaannya dalam karakter drama Projek: Anchor SPM, terbaharu kemunculan Daiyan dalam Projek: High Council telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Malah baru-baru ini Daiyan Trisha berkongsikan di sebalik tabir ketika penggambaran drama berkenaan menerusi Tiktok miliknya. Rakaman pendek itu telah mencuri perhatian ramai apabila Daiyan Trisha tertampar pelakon lelaki dalam drama berkenaan.

Berikut adalah perkongsian rakaman Daiyan Trisha tertampar pelakon lelaki yang dimuat naik menerusi akaun TikTok peribadi selebriti ini:

Sponsored

Nampaknya Daiyan tak sengaja tertampar pelakon tersebut. Namun bunyi tamparan itu boleh tahan kuat juga. Siap terduduklah pelakon itu. Ya lah dalam pergelutan sebegitu, kadang-kadang pelakon pun bersungguh menghayati babak dan lakonan mereka. Memang boleh terjadi kemalangan sebegini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengusik lelaki yang terkena tamparan Daiyan Trisha tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan netizen di ruangan komen perkongsian ini:

Sponsored

“Alamak..Daiyan yang lembut pun sekali sepak berbunyi matt..takutt”

“Bunyi dia macam tengah smash bulu tangkis dho”

“Satisfying gila bunyi dia hahaha”

“Aku rasa laki tu lagi suka. Sampai ke sudah dia citer dia kena tampar dengan Daiyan”