“I said yes. Terima kasih buat semua yang doakan baik-baik”- Shila Amzah

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi tersohor ini, Shila Amzah. Bakatnya sebagai penyanyi membuatkan dia sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial. Selain kerjaya, kini hubungan cinta antaranya dengan pempengaruh media sosial, Ubai juga sering menjadi tumpuan.

Selepas spekulasi mengenai hubungan cinta mereka pada Februari lalu, Ubai dan Shila Amzah mengakui mereka bercinta. Sejak pengakuan mereka itu, pasangan ini sentiasa mendapat perhatian.

Sponsored

Walau bagaimanapun, terbaharu nampaknya pasangan ini dihujani dengan ucapan selepas Shila Amzah diruangan akaun miliknya ini memuat naik satu rakaman video berada di kedai cincin. Dia juga berterima kasih kepada kekasihnya itu dan memberitahu dalam video, hari itu mereka mengambil cincin mereka.

Diruangan kapsyen pula Shila Amzah berkata, “I said yes. Terima kasih buat semua yang doakan baik-baik”. Meskipun tidak menulis lebih lanjut namun orang ramai menghujani ruangan komen dengan pantas mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

Sponsored
@shilaamzahofficial

I said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍

♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼 – tutordancetiktok💃🏼

Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa teruja dan merasa tidak sabar untuk melihat mereka. Gelagat Ubai berseloroh keluar rama-rama di dompetnya selepas difahamkan mereka mengambil cincin mereka itu turut mencuit hati netizen.

Samelah perkataan Ubai dengan laki aku, yang tinggal rama-rama je keluar

Sponsored

Alhamdulillah tahniah Sha dan Ubai. Semoga dipemudah segala urusan korang

Alhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan

Alhamdulillah