Pernah Cetuskan Kontroversi Babak Panas, Filem Pulau 2 Akan Dihasilkan Tahun Depan

Sponsored

Walaupun berhadapan dengan kontroversi, filem Pulau 2 bakal diterbitkan sebagai sekuel oleh syarikat penerbitan iaitu WebTVAsia pada tahun depan. Sebelum ini, filem itu telah menerima kritikan hebat susulan babak panas yang ditayangkan di dalam trailer filem berkenaan.

Penerbit Fred Chong berkata, pihak produksi sedang di dalam proses merancang untuk menentukan barisan pelakon yang akan membintangi filem sekuel tersebut. Difahamkan, filem Pulau 2 akan menerima kolaborasi dari produksi Malaysia dan Indonesia.

Sponsored

“Tidak dinafikan, saya memang sudah bersedia untuk hasilkan sekuel filem itu walaupun sedar Pulau begitu mendapat tentangan daripada sebahagian pengkritik dan penonton tempatan. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terbitkan sekuel filem itu.”

Fred juga tidak menolak kemungkinan barisan pelakon yang akan diambil adalah berbeza yang akan melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Walaupun sudah mempunyai beberapa nama yang disenarai pendek, mereka masih belum boleh berkongsikannya dengan lebih lanjut.

Sponsored

Tambahnya lagi, filem Pulau 2 bukanlah kesinambungan kepada filem Pulau yang ditayangkan pada bulan lalu sebaliknya akan tertumpu kepada sebuah naskah yang lebih segar. Dalam masa yang sama, filem sekuel ini masih lagi akan mengekalkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia.

“Tentang hal lain, saya tidak mahu buka mulut lagi. Tahun ini pun saya ada beberapa buah projek filem lain yang perlu diberi tumpuan. Jadi, tunggu tahun hadapan untuk Pulau 2.”

Sponsored

Difahamkan, filem Pulau telah menerima sambutan yang cukup baik dari penonton di luar negara malah mereka berjaya mengumpul kutipan RM400,000 di Vietnam selama empat hari tayangan. Filem bergenre ‘supernatural thriller’ dan mistik ini dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Ms Puiyi dan ramai lagi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan