‘Posting’ Erynne Erynna jadi tumpuan peminat, dikagumi hidup yang sederhana & sempoi, “Tolong doakan…”

Sponsored

Pelakon, Erynne Erynna merupakan salah seorang anak seni yang sedari kecil dikagumi ramai dengan bakatnya apabila berlakon. Meskipun diusia kanak-kanak, dia berjaya meninggalkan kesan buat penonton dengan lakonannya.

Jadi mustahil untuk namanya dilupakan sehingga sekarang malah menerusi media sosial, Erynne Erynna sering menjadi sorotan ramai. Menerusi posting terbaharu, pelakon ini berkongsikan video pendek dia dan anak perempuannya meluangkan masa bersama.

Sponsored
@erynneerynna

All praise to Allah. Ramai sungguh yang sentiasa mendoakan baik baik untuk Erynne dan keluarga. May Allah bless each and every one of you dunia akhirat, amin. I am blessed, humbled and forever grateful Alhamdulillah. Erynne sayang pada semua. Terima kasih beribu ribu kasih. Btw just to clarify mungkin ada yang ingat erynne dah start pakai tudung fully through many of my reels posting, but actually belum and im still trying out slowly to cover my aurat and yes dengan niat untuk cuba dan cuba untuk sentiasa istiqomah, mula mula start dengan pakai baju vang lose2 and Insya’Allah mana tahu lepas tu bertudung dengan sempurna pula kan? Tolong Doakan erynne ya and Erynna juga turut doa segala kebaikan buat semua. May Allah bless us, guide us and grant us Jannah, insya’Allah. #fyp

♬ What A Wonderful World – Live Acoustic – The Macarons Project

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut dalam pada masa yang sama Erynne Erynna menjelaskan tentang penampilannya yang mendapat perhatian apabila dia mengenakan baju yang longgar dan menutup bahagian kepalanya.

Erynne Erynna dilihat tampil dengan menulis kapsyen yang panjang bagi menjelaskan apabila ramai yang menyangka pelakon filem Congkak ini sudah berhijab penuh. Meskipun belum berhijab penuh namun dia mengakui dirinya dalam fasa istiqomah dan bermula dengan memakai pakaian yang longgar.

Sponsored

Muat naik Erynne Erynna itu di akaun Instagram miliknya ternyata membuatkan peminat dan pengikut tampil memberikan komen positif buat dirinya. Namun dalam pada itu, kehidupan sempoi dan sederhana Erynne Erynna juga dikagumi peminat.

‘Hai cantik, kita nak buat satu perkara tidak boleh terburu-buru, slowly dan enjoy your life…’

Sponsored

‘Segala niat yang baik pasti akan membuahkan hasil yang baik. Teruskan istiqamah’

‘Akak sangat suka dengan awak Erynne, your stail sempoi, your life sederhana, akak kagum’