“Dalam kehidupan kita tak boleh dapat semuanya”, Puteri Sarah luah….

Sponsored

Semalam telah berlangsungnya perbicaraan kes penceraian pasangan selebriti popular, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof. Kemelut rumah tangga yang membelenggu pasangan ini akhirnya menemui kata sepakat untuk menyelesaikan segalanya.

Menerusi temubual selepas perbicaraan tersebut, Puteri Sarah memberitahu dia dan Syamsul Yusof ada bertemu dan berbincang dan menemui kata sepakat untuk menyelesaikan segala kekusutan.

Sponsored

Difahamkan juga Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada 18 April kepada Puteri Sarah di mahkamah. Terbaharu, muat naik Puteri Sarah mengenai perjalanan kehidupannya telah mencuri perhatian ramai.

Fitrah duniawi memang datang dan pergi

Berikut adalah tulisan Puteri Sarah luah perasaannya itu:

Sponsored

“Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan . Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.

“Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka. 

Sponsored

Kekecewaan dunia hanyalah sementara

“Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita. Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah. Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu… amin…”

Ramai beri kata semangat pada Puteri Sarah

Perkongsian tulisan Puteri Sarah luah perasaan ini telah meraih perhatian warganet dan rakan selebriti. Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan kata semangat kepada pelakon jelita ini seperti berikut:

“Moga dipermudahkan segala urusan Puteri Sarah. Lagu Cakra Khan sesuai sangat dengan Puteri Sarah”

“Sebab orang ketiga hancur macam tu je hubungan”

“Mengalah tidak bererti kalah. Mungkin seseorang akan rasa gembira kerana akhirnya dia merasa lelaki itu telah menjadi hak mutlaknya..”