Ellie Suriaty Dedah Cerita Di Sebalik Kisah Hitam Farid Kamil, “Dia Tak Sangka Kawan-Kawannya Yang…”

Sponsored

Sejak akhir-akhir nama Farid Kamil menjadi bualan hangat selepas beberapa berita mengenai pelakon dan pengarah ini dipaparkan di media. Terbaharu kemelut rumah tangganya bersama Diana Danielle pula menjadi perhatian ramai.

Biarpun begitu memetik laporan Getaran.my, Ellie Suriaty dedah cerita mengenai di sebalik kisah hitam Farid Kamil yang ditahan disebabkan kesalahan dadah. Dalam perkongsian tersebut pelakon senior ini bertanyakan sendiri kepada Farid Kamil apakah yang berlaku sebenarnya.

Sponsored

Farid Kamil dianiaya rakan-rakan

Menurut cerita yang dikongsikan oleh Ellie, Farid Kamil mengakui dirinya dianiaya oleh rakan-rakannya sendiri.

“Semasa kejadian hitam itu berlaku, Farid dihubungi untuk berjumpa rakan rakan-rakanya. Nak dijadikan cerita masa pertemuan itu rokok Farid tertinggal di dalam kereta”

Sponsored

Ketika mahu mengambil rokok miliknya, rakan Farid memberi rokok mereka padanya. Bila dia hisap rokok itu, Farid mula pening yang luar biasa dan rupanya rokok itu mengandungi dadah flakka.

“Dia sama sekali tidak menyangka kawan-kawannya sendiri akan tikam dia dari belakang. Disebabkan rokok itu ada bahan terlarang tersebut, Farid bertindak di luar kawalan.”

Sponsored

Tujuan untuk jatuhkan kredibiliti Farid Kamil

Menurut Ellie lagi, rupa-rupanya rakan-rakan mahu menjatuhkan kredibiliti Farid Kamil. Pada waktu itu juga Diana Danielle teguh bersama Farid yang telah dianiaya.

“Tetapi, atas undang-undang dunia, dia didapati bersalah sehingga terpaksa menjalani hukuman penjara. Dan, semasa dalam penjara itulah dia berhijrah. Dia menerima qada dan qadar Allah SWT terhadap diri dia.”

Tambahnya lagi, Farid Kamil reda dan bersyukur dengan apa terjadi. Pelakon tersebut juga membaca Quran setiap hari di dalam penjara dan mendalami ilmu agama serta meletakkan dirinya kepada Allah SWT.

Malah selepas penghijrahan itu, Farid ajak isterinya solat berjemaah bersama dan imamkan mereka sekeluarga serta memanggil guru agama mengajar anak-anak mengaji di rumah.

“Sebab itu, saya cakap dia berpegang pada tali Allah SWT, adakah netizen tahu semua itu?. Tanyalah Farid dan Dee, arwah abang Mat itu siapa dengan saya dan mereka?” soal Ellie Suriaty dedah kisah sebenar di sebalik kisah hitam Farid Kamil.