Dato Seri Vida Tertidur Masa ‘Live’, Netizen Pula Terpegun Tengok, “First Time Nampak Cantik…”

Sponsored

Nama usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenalinya. Selain daripada perniagaan kosmetik yang dimilikinya, DSV juga pernah mengeluarkan lagu yang menjadi bualan ramai sebelum ini.

Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida ada berkongsikan kesusahan dan kepayahannya dalam membangunkan perniagaan kosmetiknya. Di sebalik kekayaan yang dimilikinya, usahawan itu tidak terlepas dari rasa penat dan ada masanya tertidur semasa membuat sesi ‘live’ menjual produknya.

Sponsored

Di dalam video yang dikongsikan itu, DSV dilihat tertidur semasa sedang melakukan siaran langsung di akaun Tik Toknya ketika menjual produk jenama kecantikannya. Menurutnya, ada masanya dia berasa penat kerana perlu membuat ‘live’ sehingga lewat pagi dan berterusan keesokan harinya.

Namun dia tidak pernah berputus asa walaupun melalui kejatuhan dalam dunia perniagaan itu. Dalam masa yang sama, DSV turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan memberikan semangat untuknya terus berjuang.

Sponsored
Reaksi netizen

Perkongsian video itu turut menerima perhatian netizen di mana ramai yang memuji ketabahan usahawan itu mencari rezeki sehinggakan sanggup membuat ‘live’ sehingga lewat pagi. Malah netizen turut bersimpati melihat usahawan berusia 51 tahun itu yang kelihatan begitu penat sekali di dalam ‘live’ tersebut.

Selain itu, netizen turut memuji kecantikan yang dimiliki DSV ini yang rata-ratanya terpegun melihat usahawan itu yang nampak lain dari biasa. Sehinggakan ada yang berseloroh berasa terkejut melihat penampilan DSV di dalam video ini.

Sponsored

“Dia ni sebenarnya cantik tau, aku ni kalau tidur auto roh tak ngaku diri sendiri.”

“First time tengok nampak DSV cantik.”

“Hari-hari buat live sampai 3 atau 4 pagi. Kadang kesian juga.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok