Penangan Lakonan Ummi Nazeera Terlalu Beremosi, Suami Bagi Tips Mata Bengkak

Sponsored

Seakan menjadi satu fenomena luarbiasa, drama Rindu Kasih antara yang menjadi bualan hangat warganet sejak akhir-akhir ini. Manakan tidak, barisan pelakonnya semua memang padu habis!

Antara karakter utama dalam drama ini adalah Ina (Ummi Nazeera), Amir (Izzue Islam) dan ramai lagi. Perjalanan drama yang penuh plot dengan pelbagai ujian dan dugaan perlu dihadapi oleh Ina membuatkan penonton tertarik untuk menyaksikannya.

Sponsored

Malah penangan lakonan Ummi Nazeera yang cukup menjadi dimana bila sedih memang mengalir air mata betul menyerlahkan emosi karakter tersebut juga menjadi antara sebab drama ini jadi bualan.

Bukan hanya pelakon dan penonton, malah suami kepada Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari turut sering memberikan reaksi mengenai Rindu Kasih ini.

Sponsored

Terbaharu, disebabkan penangan lakonan Ummi Nazeera terlalu emosi ini membuatkan Dr Izzar Anwari memberikan tips mata bengkak kepada pengikutnya di Instagram. Berikut adalah perkongsian oleh suami kepada pelakon berbakat ini:

Terperinci sungguh tips yang diberikan oleh insan bergelar doktor ini. Yalah, bila dah tonton drama sedih pasti akan turut mengalir air mata. Sedar-sedar dah bengkak mata. Bagus juga dikongsikan perkara bermanfaat sebegini.

Sponsored

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memuji perkongsian Dr Izzar ini. Selain dari itu ada juga yang akui terhibur dengannya.

“Hahahaha adoii kelakar la doktor ni. Layan drama kak ummi mencurah2 air mata “, puji salah seorang netizen.

“Ahahhahaa good sharing Dr gara2 watak ina la Kan …”, tulis salah seorang pengguna media sosial.