Ditanya Soal Cara Kematian Kelak, Sajat Mengaku Akan Dikebumikan Sebagai Wanita Bukannya Lelaki

Sponsored

Bercakap mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat pastinya ramai yang cukup mengenalinya. Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman difahamkan telah menukar status jantinanya kepada wanita dan diluluskan oleh kerajaan Australia.

Walaupun kini sudah menetap di sana sepenuhnya, Sajat masih lagi aktif di media sosial dan berhubung dengan para pengikutnya. Baru-baru ini juga, Sajat sempat menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan tentang soal kematian kepada usahawan kosmetik itu.

Sponsored

Menurut Sajat, dia akan dikebumikan sebagai wanita dan bukannya lelaki seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Tambahnya lagi, jenazahnya juga tidak akan dibawa pulang ke Malaysia sebaliknya akan disemadikan di bumi Australia tempatnya menetap kini.

“Takkan nak mati pergi hantar dekat Malaysia, memang tidak lah. Mati aku perempuan nyah, register tu mati tu, tulis female.”

Sponsored
@hazleemohd

@nursajat85 mmg x blh blah la. 🤣🤣😂😂

♬ bunyi asal – @butter_cup – @butter_cup

Dalam masa yang sama, Sajat meminta orang ramai untuk melupakan kisah lamanya itu dan ‘move on’ sahaja dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dia turut menasihatkan orang ramai untuk menerima hakikat bahawa dia adalah seorang wanita sejati dan berhenti menimbulkan persoalan mengenainya.

“Dia lupa dia duduk kat bumi yang Allah cipta. Tak kisah lah kat mana kan hmm.”

Sponsored

“Dorang semua bukan tak move on jad, dorang semua sayang awak nak awak sempat bertaubat…”

“Dia tahu tapi sengaja nak sedapkan hati yang takut untuk akuinya, kesian dia.”

Perkongsian dari Sajat ini turut membuatkan rata-rata netizen tergamam dengan kenyataan yang dikeluarkan usahawan kosmetik ini. Namun netizen turut mendoakan supaya Sajat diberikan hidayah oleh Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok