Sebelum ini tular satu video seorang influencer yang menceritakan mengenai rutinnya mengambil pelbagai pil untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Perkongsian gadis itu telah membuatkan rutinnya itu menjadi perhatian ramai.
Disebabkan video itu menjadi bualan netizen, seorang pegawai perubatan telah memuat naik satu video yang menegur amalan gadis berkenaan. Pegawai perubatan yang juga pemilik akaun TikTok dengan nama Drwanshare ini memberikan gambaran apa yang akan jadi kepada organ dalaman seseorang itu jika mengambil pil supplemen.
Di awal rakaman tersebut doktor ini bertanyakan apakah nama pil yang ditelan wanita itu. Malah kedengaran wanita ini memberitahu dia mengambil sunblock dalam bentuk pil yang mana sebelum ini doktor tersebut pernah mengupasnya.
Berikut adalah rakaman doktor tegur influencer makan supplement ini:
Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan memberitahu kulitnya kering dan dia ada pil untuk menyelesaikan masalan berkenaan. Ini membuatkan doktor tersebut memberikan solusi lain untuk kekal hidrasi iaitu dengan minum air.
Malah doktor ini juga hairan kenapa wanita tersebut sukarela untuk makan pil sedangkan orang yang sakit kronik pun tidak rela.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka mengenai perkongsian rakaman doktor tegur influencer makan supplement ini:
“Kulit kering pun makan supplement ke. Tempek moisturizer je sudah”
“Aku ni waktu demam pun tak makan ubat, sebab takut telan ubat. Makan pun bila betul2 dah tak dapat tahan. Jangankan nak telan semua tu. Seram”
“Kesian kidney kita”
“Suka dia ek telan pil.. “