DDNK Akui Kahwin Isteri Muda Dia Rajin Ke Masjid, “Saya Pun Rasa Lebih Muda”

Sponsored

Satu lagi kisah rumahtangga yang pernah menjadi perhatian umum satu ketika dahulu iaitu pernikahan kedua Pakar Saham, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) bersama isteri muda dikenali dengan nama Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

Pernikahan yang berlangsung pada September lalu itu menjadi bualan hangat selepas tularnya ada yang mendakwa pernikahan itu disebabkan harta. Malah ada juga tuduhan ia menjadi punca rumahtangga pakar saham dengan isteri pertama berentakan kerana pada masa itu mereka baru sahaja berpisah.

Sponsored

DDNK Terpalit Isu Sedang Hangat

Kini kecoh pula dengan kemelut rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul. Ini membuatkan nama DDNK kembali terpalit dengan isu lama yang pernah tular itu.

Biarpun begitu, baru-baru ini menerusi laporan Harian Metro, DDNK memberitahu kehidupan dengan perkahwinan kedua ini dia banyak melalui perkara positif.

Sponsored

Semakin Rajin Ke Masjid

Menurut Pakar saham ini, bila dia berkahwin dengan isteri yang berusia muda secara tak langsung diri sendiri juga turut berasa muda. DDNK akui kahwin isteri muda turut membuatkan dia semakin rajin ke masjid dan menghadiri kuliah agama.

“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu..” ujar DDNK.

Sponsored

Tak Salahkan Isteri Pertama

Tambah DDNK akui kahwin isteri muda ini lagi bukan mahu menyalahkan isteri pertama cuma begitulah perjalanan hidup. Juga dia akui belajar daripada penceraian yang berlaku.

“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.

Kedua-dua Isteri Ada Kelebihan Masing-Masing

Selain dari itu DDNK turut berpendapat pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua-dua ada kelebihan masing-masing. Isteri kedua ini lebih manja dan fleksibel namun kuat cemburu dan merajuk.

“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.

Bagaimanapun isteri pertama lebih matang, terbuka dan bersikap keibuan. Malah Pakar Saham yang sinonim dengan tagline ‘Tak handsome tak pe janji kaya’ ini turut akui perlukan isteri yang boleh sokong matlamat hidupnya.

“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.