Tular di media sosial baru-baru ini rakaman memaparkan gelagat seorang wanita semasa berada di dalam sebuah penerbangan. Difahamkan, pada ketika itu wanita tersebut dan rakan-rakannya bercuti di Turki dan sedang menunggu penerbangan berlepas.
Wanita itu juga dilihat ternanti-nantikan siapakah yang bakal duduk di kerusi sebelahnya itu memandangkan dia terpisah dari rakan-rakan yang lain. Pada awalnya, mereka mengharapkan wanita itu akan bertemu jodoh dengan lelaki Turki di dalam penerbangan itu dan berpeluang berkenalan dengan orang baru.
Namun impiannya musnah apabila lelaki-lelaki Turki yang menaiki pesawat itu hanya melintasi sahaja kawasan tempat duduknya ini. Penantian wanita itu berakhir apabila seorang wanita berusia berhenti di hadapannya bersama seekor anjing yang dibawa di dalam beg.
Plot twist yang berlaku pada wanita tersebut turut membuatkan rakan-rakan lain berdekah melihatnya apabila harapannya untuk bertemu jodoh gagal di situ. Dalam masa yang sama, ada juga penumpang lain yang turut ketawa melihat reaksi terkejut wanita itu.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan kini menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Video tersebut juga turut dikongsikan di Twitter di mana rata-ratanya berdekah melihat nasib wanita dipanggil sebagai Maksom ini pada penghujung video.
Komen netizen
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen juga turut sama terhibur dengan reaksi terkejut wanita itu melihat kemunculan anjing tersebut. Malah ramai juga yang tidak menyangka penemannya di dalam pesawat adalah seekor anjing yang dibawa oleh dua wanita berusia itu.
“Weh kesiannya harapan maksom dihancurkan begitu je hahahaha.”

“Orang belakang gelakkan je.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.