“Dia Masih Isteri Orang, Kena Jaga Perasaan Suaminya”, Sharnaaz Minta Netizen Hormati Suami Noor Nabila

Sponsored

Pelakon Sharnaaz Ahmad sering kali ‘dijodohkan’ dengan bekas isterinya Noor Nabila gara-gara hubungan baik yang ditunjukkan mereka di media sosial. Malah ada juga yang meminta pasangan itu untuk kembali bersama demi anak mereka, Jebat Jayden.

Sharnaaz tampil memberikan nasihat kepada orang ramai susulan permintaan sensitif yang semakin disebut-sebut itu. Menurutnya, orang ramai perlu lah lebih sensitif dan menjaga batas memandangkan Nabila masih lagi merupakan isteri yang sah kepada Engku Emran.

Sponsored

Jelas Sharnaaz, dia tidak berhak untuk meluahkan rasa marah terhadap doa baik yang dikirimkan oleh orang ramai. Namun meminta netizen untuk mengambil kira tentang status Nabila sebagai isteri orang dan menjaga hati serta perasaan Engku Emran iaitu suaminya.

“Saya tidak berhak marah malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya. Tapi kena ingat, dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Itu pesanan saya buat semua.”

Sponsored

Sharnaaz mengulas mengenai isu ‘dijodohkan’ dengan Nabila itu selepas ada segelintir netizen di Tik Tok yang membuat kompilasi gambar mereka semasa bergelar sebagai suami isteri dahulu. Hantaran yang dimuat naik itu kemudian dihujani dengan komen netizen yang mengharapkan mereka kembali bersama.

Dalam masa yang sama, Sharnaaz mengakui dia sedang berkenalan dengan seseorang namun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai wanita itu. Ujarnya, dia kini malu dan segan untuk berkongsikan mengenai hal peribadi terutama kisah percintaannya.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak