“Jadi betul Nabila cakap…”- Individu terjumpa Sharnaaz Ahmad, rakaman perempuan disebelah jadi bualan

Sponsored

Pelakon, Sharnaaz Ahmad merupakan salah seorang artis lelaki yang mempunyai ramai peminat. Tubuh sasa dirinya yang sering menerima gelaran Mafia Malaysia membuatkan dia juga tidak henti-henti mendapat perhatian di media sosial. Terbaharu tular satu rakaman video membuatkan dia menjadi perbualan warganet.

Selain kisah kerjaya, kisah cinta Sharnaaz Ahmad juga antara yang dinanti-nantikan peminat malah ada juga dia digosipkan dengan beberapa wanita. Namun begitu, tentu ramai yang tidak sabar menantikan berita baik daripadanya terutama tentang pasangan hidup.

Sponsored

Jadi melihatkan satu rakaman video apabila seorang individu yang dipercayai terserempak dengan Sharnaaz Ahmad sempat merakam gelagat pelakon itu. “Steady mamu, seygak nahh marka hang mamu,” tulisnya pula diruangan kapsyen apabila dalam video menunjukkan turut kelihatan seorang perempuan disampingnya yang dalam pada masa sama menarik perhatian warganet.

Menerusi video tersebut, Sharnaaz Ahmad dilihat berdiri dan berbual dengan seorang perempuan yang didakwa kekasihnya. Rakaman video pendek ini bagaimanapun turut meraih tumpuan warganet untuk meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Ada yang berkata dia adalah kekasih Sharnaaz Ahmad namun ada juga yang menafikan hal tersebut. Namun begitu, diruangan komen juga kecantikan perempuan tersebut yang difahamkan adalah seorang pelakon turut menerima pujian warganet.

Awek tu pernah berlakon…

Sponsored

Baik…jadi betul Nabila cakap diorang dah nak kahwin

Memang depa bercinta ka