“Dia Takut Nak Keluar, Lebih Memilih Untuk Duduk Di Rumah”, Uqasha Dedah Kamal Adli Masih Trauma

Sponsored

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Kamal Adli yang diserang semasa menghadiri sebuah acara di Singapura bulan lalu. Suspek kejadian kemudiannya ditahan dan direman selama dua minggu untuk menjalani ujian psikiatri serta melakukan pemeriksaan kesihatan mental.

Terbaru, Uqasha Senrose memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat terkini daripada Institut Kesihatan Mental (IKM) Singapura. Buat masa ini juga, mereka hanya menunggu sahaja sebarang respons dari institut berkenaan yang akan dikongsikan pada bila-bila masa sahaja.

Sponsored

“Penyerang telah dimasukkan ke IMH Singapura dua minggu. Namun kami masih belum terima apa-apa jawapan tentang dia sampai sekarang. Saya difahamkan proses itu dilanjutkan satu minggu lagi. Jadi, buat masa ini kami masih menunggu maklum balas daripada pihak di sana.”

Kamal masih trauma

Uqasha turut berkongsikan perkembangan terkini suaminya yang masih lagi di dalam tempoh pemulihan akibat kecederaan di bahagian kepala. Menurut Uqasha, Kamal kini lebih memilih untuk berdiam diri di rumah kerana masih ketakutan dan trauma dengan insiden serangan yang berlaku itu.

Sponsored

“Dia takut nak keluar rumah, lebih memilih untuk duduk di rumah. Tapi, disebabkan terperap di rumah, dia jadi sedikit tertekan.”

Jelasnya, Kamal sebolehnya mahu keluar bekerja namun akur dengan keadaannya yang masih belum mengizinkan. Bukan sahaja dari segi kecederaan yang masih dalam pemulihan malah emosi Kamal yang masih terganggu juga membuatkan pelakon itu tidak mampu melakukan apa-apa buat masa ini.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Uqasha yang menjadi saksi kepada kejadian itu mengakui berasa takut untuk keluar dari rumah dan memerlukan peneman jika ada urusan di luar. Tambahnya, selepas kejadian yang berlaku itu dia tidak lagi berani untuk keluar rumah seorang diri.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan