Penyanyi Tomok dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menjadi perhatian ramai selepas kedua-dua mereka tampil membawakan sebuah lagu raya di Tik Tok. Menerusi video yang dikongsikan oleh Tomok ini, dia dan Tok Ram dilihat berada di sebuat set penggambaran dan meluangkan masa bersama.
Tok Ram membawa lagu raya berjudul Dendang Perantau dengan petikan gitar sebelum diikuti dengan nyanyian dari Tomok. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah pengarah muzik itu meminta Tomok untuk tidak menyanyi mengikut tempo.
Hasilnya, nyanyian lagu tersebut menjadi lebih syahdu dan kedengaran lebih klasik hanya dengan iringan dari petikan gitar itu. Di ruangan kapsyen, Tomok mengakui ada banyak benda baru yang dipelajarinya menerusi sesi bersama pengarah muzik itu.
Perkongsian video itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ramai yang memuji kord gitar dimainkan oleh Tok Ram ini sekaligus membuatkan ada yang melabelnya sebagai David Foster Malaysia.
Dalam masa yang sama, netizen turut memuji alunan suara Tomok yang kedengaran lebih syahdu dengan gabungan petikan gitar dari Tok Ram ini. Malah ada yang meminta penyanyi itu merakamkan semula lagu raya nyanyiannya yang menjadi siulan ramai.
“Walaupun kita tak tau seni arrangement tapi lagu ni tak ikut tempo memang on eh haha sedap.”
“Petikan gitar seorang sifu.”
“Respek Tok Ram nampak garang tapi sangat lembut orangnya.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.