“Dia Sendiri Terkejut”, Ramai Tak Percaya Ayda Jebat Dalam Kostum Betta Fish Bergelar Juara!

Sponsored

Tak ramai yang dapat meneka di sebalik kostum Betta Fish dalam The Masked Singer Malaysia adalah penyanyi bernama Ayda Jebat. Bergelar juara dalam rancangan realiti TV berkonsepkan misteri ini membuatkan ramai terkejut dengan pendedahan tersebut.

Terbaharu, Ayda Jebat dalam kostum Betta Fish dalam rancangan ini berkongsikan perjalanannya sepanjang menyertai The Masked Singer Malaysia musim ini. Dari bagaimana cara dia memakai kostum tersebut hinggalah ke pentas persembahan.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian video dari Ayda Jebat dalam kostum Betta Fish yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini:

Siapa sangka kostum Betta Fish ini membawa tuah buat Ayda Jebat bergelar juara. Menerusi video itu dapat dilihat reaksi Ayda Jebat yang sebak bila dirinya diumumkan juara di pentas berkenaan.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bangga melihat kejayaan Ayda Jebat dalam rancangan ini. Malah suaranya yang padu juga menjadi kebanggaan peminatnya sepanjang pertandingan tersebut. Berikut antaranya:

“Kenapa saya ikut menangis jugak ni. Congrats kak Ayda!”

Sponsored

“Dia menang dan dia sendiri terkejut. All viewers terkejut but she don’t deserve hate..To Han Byul punya fans tak yah over lah sampai tahap maki dan hina Ayda. Memalukan orang Malaysia je lah, support orang luar sampai maki artis lokal”

“Awak lah Betta Fish dan juara yang dinantikan setiap minggu, akhirnya pecah rahsia pemilihan lagu setiap minggu mencabar ya…”