Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon, Kamal Adli yang diserang secara mengejut oleh seorang individu yang tidak dikenali. Kejadian tersebut begitu membuatkan orang ramai dan rakan selebriti terkejut apabila terdapat juga video tular di media sosial.
Video berkenaan memaparkan Uqasha Senrose dengan wajah risau terhadap suaminya, Kamal Adli yang difahamkan sedang menerima rawatan dan nasihat daripada doktor. Masih lagi cuba tersenyum dan menenangkan isterinya, keadaan Kamal Adli turut menjadi tumpuan orang ramai.
Walau bagaimanapun, Uqasha Senrose seolah-olah mengesahkan kejadian tersebut apabila dia menerusi Instagram meminta orang ramai agar mendoakan suaminya, Kamal Adli. “Doakan suami saya Kamal Adli,” tulis Uqasha Senrose disamping memuat naik satu rakaman video pendek dia yang dilihat sangat risau.
Uqasha Senrose juga berkongsikan keadaan Kamal Adli disaat itu yang mana dia turut menceritakan kejadian yang mengejutkan berlaku kepada dia dan suami.
“Doakan suami saya Kamal, kami baru habis event di Singapore tiba-tiba dia di attack orang Singapore dengan Chota berkali-kali kepala muka bawah mata dan badan. Sekarang Kamal dekat Singapore punya hospital major operation kerana lubang dan bocor koyak di belakang kepala. Allahu.”
Menjengah ke ruangan komen, selain peminat ramai rakan selebriti begitu terkejut dengan kejadian menimpa pasangan pelakon berkenaan dan mendoakan keadaan Kamal Adli.