Semalam pelakon dan pengarah yang sedang alami kemelut rumah tangga, Farid Kamil mendedahkan menyediakan tawaran perdamaian dengan nilai lebih RM300,000.
Antara tawarannya adalah hadiah kereta jenis Toyota Vellfire berharga RM225,000, barang kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah pada Mac-Jun berjumlah RM40,000 dan juga bayaran balik umrah bernilai RM44,000.
Tawaran untuk pujuk Diana
Difahamkan tawaran ini adalah untuk memujuk Diana Danielle supaya mengakhiri kemelut yang sedang berlaku dalam perkahwinan mereka.
Namun begitu, menurut peguam Syarie mewakili aktres, Datuk Akberdin Abdul Kadir, Diana Danielle tolak tawaran berkenaan dan tidak mahu buat sebarang tuntutan kepada Farid Kamil kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.
Benarkan anak sambut Syawal dengan Farid
Tambahnya lagi, Diana turut membenarkan anak-anak dibawa Farid Kamil meraikan Aidilfitri di Sungai Petani minggu depan. Akberdin turut berkata anak guamnya nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Farid Kamil.
“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.
“Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambut Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah, selama beberapa hari.
Diana terkejut tawaran perdamaian diketahui menerusi media sosial
Tambahnya Diana Danielle juga terkejut sebaik mendapat tahu mengenai tawaran perdamaian yang dibaca melalui media sosial. Diana Danielle tolak tawaran perdamaian dan hanya mahu perkahwinnya berakhir.
“Diana tidak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tidak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak.”