Pelakon, Farid Kamil terbaharu mendapat perhatian ramai sekali lagi berkenaan penarikan semula kenyataan darinya mengenai soalan dari pihak Wartawan tentang pihak ketiga. Susulan tuduhan wujud orang ketiga itu, Farid Kamil juga tampil membuat permohonan maaf.
Menerusi muat naik Farid Kamil, permohonan maaf secara terbuka itu tidak hanya buat isterinya, Diana Danielle malah juga buat ibu mertuanya, Puan Norsiah Ramli.
Memohon maaf secara terbuka
“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari Wartawan berkaitan Pihak ke 3. Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada Ibu Mertua saya Puan Norsiah Ramli serta Isteri Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi.
“Sekali lagi di bulan Ramadan yang Mulia ini saya mohon di maafkan kekilafan yang terjadi. Ikhlas Farid Kamil. Selamat bersahur.” Tulis Farid Kamil diruangan Instagram story.
Farid Kamil turut menarik balik kenyataan diberikan kepada sekumpulan wartawan. Pelakon ini bagaimanapun memohon agar kekilafan yang terjadi itu dimaafkan.