Dianggap Persendakan Agama, Video Fikry Ibrahim Terima Kecaman, “Siap Buat Mini Love…”

Sponsored

Bagi yang mengikuti pelakon Fikry Ibrahim, pasti sudah biasa menonton siri solat Jumaat yang selalu dimuat naik di akaun media sosial pelakon itu. Namun baru-baru ini, perkongsian terkininya itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang menganggap ianya keterlaluan.

Di dalam video yang dimuat naik itu, Fikry kononnya berada di Korea Selatan dan dijemput untuk menunaikan solat Jumaat di sana. Seperti video-videonya yang terdahulu, ramai yang terhibur melihat gelagatnya mengikuti khutbah yang dibacakan di dalam bahasa tempatan.

Sponsored

Tetapi kali ini, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila dia dikatakan seolah-olah mempersendakan agama dengan videonya ini. Malah kebanyakan netizen meminta pelakon itu untuk berhenti memuat naik konten seperti itu dan menghormati umat Islam di negara lain.

Difahamkan, apa yang mencetuskan kemarahan netizen ialah apabila Fikry dilihat memberikan ‘mini love’ semasa sedang mendengar khutbah. Ramai yang menganggap tindakannya itu biadab dan kurang ajar serta tidak menghormati teks khutbah yang dibacakan oleh imam terkenal di Korea Selatan ini.

Sponsored

Susulan kecaman yang diterima ini, rata-rata netizen meminta Fikry Ibrahim untuk memadamkan sahaja video tersebut dan membuat permohonan maaf. Dalam masa yang sama, warganet turut menasihati pelakon itu untuk berhati-hati sebelum membuat konten yang menyentuh tentang isu agama.

“Sebelum khatib baca khutbah, imam dah pesan untuk diam dan jangan buat perkara sia-sia semasa khutbah. Ni siap buat joke mini love sengih-sengih macam orang bodoh. Banyak lagi benda lain yang boleh buat joke. Bab agama jugak kau sentuh.”

Sponsored

“Kau sebenarnya nak kutuk dan sindir pop culture Korea kan. Tapi kenapa nak gunakan agama Islam sebagai bahan.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter