Dikatakan Bingit, Ramai Tak Puas Hati Komen Kelly Pada Peserta Berbakat Ini, “Kalau Jantan Helok Laju Je Tekan…”

Sponsored

Musim kedua rancangan All Together Now Malaysia kini kembali dan telah memulakan siaran pertamanya pada hujung minggu lalu. Pelbagai persembahan menarik ditampilkan oleh para peserta kali ini yang turut diadili oleh 50 orang juri.

Namun ada pula isu lain yang dikongsikan di media sosial di mana rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh juri Kelly Azman terhadap seorang peserta ini. Semuanya gara-gara Kelly yang menggelarkan nyanyian peserta itu sebagai bingit.

Sponsored

Sedangkan peserta dikenali sebagai Nadeera itu telah berjaya menambat hampir kesemua juri yang bangun dari kerusi mereka. Difahamkan, hanya Kelly dan Ifa Raziah sahaja yang tidak memberikan undian mereka kepada peserta tersebut.

@astrogempak

All Together Now S2 Episode 1 dah settle semalam ! onz tak onz ? 😂 Saksikan All Together Now musim kedua. Mulai 11 Disember ini, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO. Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #AllTogetherNowMY2 #AstroATNMY2 #FearTolakTepi #SembangEntertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

Susulan itu, ramai yang menyindir komen diberikan oleh Kelly ini yang ‘gagal’ menilai peserta berbakat seperti itu. Tambahan pula, penyanyi asal lagu tersebut iaitu Marsha Milan turut memberikan pujian kepada peserta itu yang berjaya membawakan lagunya dengan begitu baik sekali.

Sponsored

Paknil yang juga merupakan salah seorang juri di dalam rancangan tersebut turut berseloroh meminta Kelly dan Ifa Raziah berjumpa dengan doktor telinga selepas mereka dilihat tidak memberikan undian kepada peserta berbakat ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen mempertikaikan kredibiliti Kelly sebagai juri di dalam rancangan tersebut. Malah ada yang berseloroh lelaki itu hanya memberikan undian kepada peserta lelaki yang ‘helok’ sahaja dan tidak menilai berdasarkan bakat yang dipersembahkan.

Sponsored

“Yang kanta tu aku perasan, kalau jantan helok laju je tekan.”

“Tolong suruh Ifa dengan Kelly nyanyikan balik lagu tu macam mana Nadeera nyanyi.”

“Yang tak bangun pulak dua-dua feeling terpaling juri, terpaling penyanyi.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok