Gelagat anak Shila Amzah cuit hati netizen, “Macam anak ku jugak”

Sponsored

Sebut sahaja nama penyanyi, Shila Amzah tentu ramai yang mengenali dirinya. Dinobatkan sebagai tempat ketiga di rancangan Gegar Vaganza musim ke-9 baru-baru ini membuatkan Shila Amzah semakin menjadi sorotan ramai di media sosial. Penyanyi berusia 32 tahun ini juga turut mendapat perhatian di media sosial miliknya.

Satu klip video bagaimanapun membuatkan Shila Amzah dan anak lelakinya mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan gelagat dia kepada umum. Perkongsiannya itu turut menerima pelbagai reaksi peminat dan netizen yang tercuit hati dengan kecomelan anak lelaki Shila Amzah ini

Sponsored

Seth Uwais anak lelaki Shila Amzah

Sekadar info, Shila Amzah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama, Seth Uwais dan dilahirkan pada 31 Ogos 2019. Ibu tunggal ini juga kadang kala berkongsikan gelagatnya bersama Seth Uwais kepada peminat dan pengikut. Kali ini pula, dua beranak ini sekali lagi menarik perhatian ramai.

Sponsored

Shila Amzah memuat naik satu klip video yang memaparkan dia bersama anaknya itu meluangkan masa bersama. Menerusi video dia menulis, “Bila anak panggil kau ‘Babby’,” disamping menunjukkan gelagat anaknya itu yang sepatutnya menyebut mummy.

@shilaamzahofficial

Masalah gak bila anak ada pelat , cane nak buat ni ? Haha #makmakjamannow #fy

♬ Aku Tahu – UNGU

Gelagat comel buat ramai puji

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, peminat juga memuji kekacakan Seth Uwais yang dikatakan ‘copy paste’ wajah Shila Amzah selain kecomelannya juga menarik tumpuan ramai.

‘Ala comey dia’

Shila Amzah

‘Shila versi kecik, copy paste muka’

‘Comel…’