Baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semakin hari makin mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah ‘di mata’ dunia. Bukan calang-calang orangnya, setiap hari ada sahaja isu yang menjadi bualan hangat ramai.
Terbaharu satu kenyataaan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjadi perhatian ramai. Kenyataan dari pemimpin negara tersebut iaitu mahu elak pembaziran telah membuatkan ramai memujinya.
Elak Pembaziran, Repair Apa Yang Perlu
Dalam kenyataan tersebut, kedengaran Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mahu kerajaan membeli kenderaan baru untuk kegunaannya dan sebarang ubahsuai di pejabat melainkan yang benar-benar perlu sahaja.
Antara tujuan utama Ahli Parlimen Tambun ini adalah untuk elakkan pembaziran seperti yang dilakukan kerajaan terdahulu. Berikut antara kenyataan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim elak pembaziran ini:
“Tiada pembelian baru di Pejabat Perdana menteri, karpet pecah boleh repair dulu. Ini adalah sebagai mesej kepada jabatan yang lain supaya tidak membazir.
Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita. Fikirkan wang tersebut boleh dipulangkan kepada rakyat yang sedang susah. Saya mulakan dari situ selain tidak mengambil gaji”.
Video Kenyataan Anwar Ibrahim
Berikut adalah video yang memaparkan kenyataan Anwar Ibrahim elak pembaziran tersebut:
Langkah pertama yang dilakukan oleh figura ini ternyata menyenangkan hati ramai. Malah di ruangan komen juga ramai yang memuji langkah yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.