Gadis Bernazar Akan Kahwin Tahun Ini Kalau DSAI Jadi PM, Netizen Nasihat Jangan Main-Main, “Ada Lagi 1 Bulan…”

Sponsored

Baru-baru ini, seorang gadis menjadi tumpuan ramai selepas meluahkan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurutnya, dia telah bernazar sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi Perdana Menteri yang ke-10, dia akan berkahwin pada tahun ini dan meminta bantuan orang ramai mencari jodoh untuknya.

Sponsored

Di dalam perkongsian di Twitter itu, gadis tersebut meluahkan rasa teruja apabila DSAI diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10 baru-baru ini.

“Tolong I ada buat nazar kalau DSAI jadi PM10 I nak kahwin tahun ni juga…”

Mencari bakal suami

Sponsored

Memandangkan dia sudah bernazar atau berjanji untuk berkahwin tahun ini, dia meminta bantuan netizen untuk mencari jodohnya memandangkan dia perlu melunaskan nazar tersebut.

Menurutnya, dia mencari bakal suami yang ‘soft spoken’ dan mempunyai asas agama yang kukuh. Gadis itu turut memberitahu dia mempunyai ijazah dalam bidang syariah dan bakal menyambung pengajian ke peringkat Master.

Sponsored

Terima teguran netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya menjadi bualan ramai di mana netizen mempersoalkan nazar yang dilakukan gadis itu.

Menurut netizen, untuk mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi gadis itu bernazar untuk berkahwin dalam tahun ini juga.

Memandangkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi, orang ramai menasihatkan gadis itu supaya berhati-hati dalam bernazar kerana bimbang tidak dapat dilunaskan.

Dalam masa yang sama, ada yang memberitahu sekiranya dia tidak dapat menunaikan nazar tersebut maka gadis itu perlulah bertanggungjawab di atas tindakannya itu.

Rata-rata netizen turut mendoakan supaya gadis itu dapat mendirikan rumah tangga pada tahun ini dan diberikan jodoh yang terbaik untuknya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.