Hulur Tangan Salam Dengan Pelakon Thailand, Sharifah Rose Ditegur Netizen, “Agak-Agak Lah…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon terkenal dari Thailand iaitu Bright Vachirawit telah membuat kemunculan di satu acara yang diadakan di Malaysia. Kehadiran Bright di pusat membeli belah Mid Valley ini juga turut menerima sorakan hebat dari para pengunjung yang hadir untuk bertemu pelakon itu.

Selain Bright, beberapa selebriti tanah air juga turut menghadiri acara anjuran Kiehls ini dan antaranya ialah pelakon Sharifah Rose. Pelakon wanita itu juga turut berkesempatan untuk berdiri di pentas yang sama dengan Bright dan bertemunya secara bersemuka.

Sponsored

Namun tindakan Sharifah Rose yang dilihat menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pelakon Thailand itu telah mengundang kecaman ramai. Menerusi video yang dimuat naik ini, kelihatan Sharifah Rose berada di pentas yang sama dengan Bright sebelum dia sendiri menghulurkan tangannya.

Malah Sharifah Rose juga kemudiannya memberikan reaksi teruja sejurus selesai bersalaman dengan Bright. Tindakannya ini telah mengundang kritikan ramai di mana rata-rata netizen menegur pelakon wanita itu yang tidak menjaga batasnya sebagai seorang wanita bertudung.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa hairan melihat tindakan selamba Sharifah Rose bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram. Namun ada juga yang tidak berasa pelik dengan tindakan pelakon wanita itu yang pernah menerima teguran yang sama sebelum ini.

“Nak heran tapi sharifah rose.”

Sponsored

“Bright macam awkward tengok reaction sharifah rose.”

“Minat minat juga tapi agak-agak la.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok